TAJUK 1: MENGURUS PEMBELAJARAN
TAJUK 1: MENGURUS PEMBELAJARAN Pendahuluan Pengurusan Pembelajaran merupakan bidang pengurusan yang paling utama dalam arena pendidikan. Bidang ini memberi impak yang besar bagi sesebuah institusi pendidikan dalam melaksanakan tanggungjawab organisasi sekolah untuk mencapai prestasi cemerlang dalam aspek akademik pelajar. Pengurusan pembelajaran adalah proses merancang pengajaran dan pembelajaran agar mencapai matlamat, menentukan atau memberi garis panduan perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh guru, menentukan mata pelajaran yang diajar guru mengikut kepakaran, memimpin dan memberi inspirasi kepada guru dan mengawal aktiviti serta memantau pelaksanaan agar ianya berjalan sebagaimana yang dirancang. Isi penting Terdapat beberapa isi penting yang saya pelajari dalam topik ini antaranya ialah ciri pengurusan pembelajaran yang berkesan. Antara ciri pengurusan pembelajaran yang berkesan bagi guru adalah pertama guru perlu tahu kategori murid sama ada dalam aspek j