TAJUK 7: PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN
TAJUK 7: PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN
DISIPLIN
Pendahuluan
Tingkah laku merupakan apa yang dilakukan atau diperkatakan oleh
seseorang individu. Tingkah laku juga merupakan tindakan manusia yang boleh
diperhati, diukur dan dinilai sama ada perbuatan yang dilakukan sama ada secara
terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar. Pengurusan tingkah laku
merupakan satu rancangan untuk memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu
matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai. Menurut Dr. Ragbir
Kaur a/p Joginder Singh (2005), pengurusan tingkah laku merupakan satu
rancangan untuk memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang
telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai. Manakala, disiplin ialah
peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh seseorang murid di sekolah bagi
mewujudkan tingkahlaku yang baik.
Isi penting
Antara tiga isi penting yang saya pelajari dalam topik ini ialah berkaitan
dengan jenis devian. Menurut Merton (1938), terdapat empat jenis devian iaitu
inovasi (innovation), ritual (ritualism), undur (retreatism), dan menentang
(rebelliation). Inovasi (innovation) adalah suatu cara memenuhi matlamat dengan
cara yang salah. Misalnya: pelajar yang ingin mendapatkan markah yang tinggi
dalam peperiksaan tetapi tidak berupaya menjawab soalan yang dikemukakan akan
cuba mendapatkan markah yang tinggi dengan melakukan kecurangan akademik. Yang
kedua ialah ritual (ritualism) dimana tindakan mengulang-ulang suatu perbuatan.
Misalny pelajar yang selalu kecewa akan mengulang-ulang tingkah laku yang
sama.Yang ketiga ialah undur (retreatism) yang bermaksud seseorang yang tidak
lagi berminat dengan matlamatnya lalu melakukan alternatif lain sebagai
tindakan. Sebagai contoh, pelajar yang sudah kecewa dengan pelajaran misalnya
akan melakukan ponteng sekolah. Akhir sekali ialah menentang (rebelliation)
dimana ia menolak matlamat persekolahan dan menggantikannya dengan matlamat
lain seperti mencuri.
Isi penting yang seterusnya ialah mengenai teknik pengansingan. Teknik
dimana murid disuruh keluar daripada bilik darjah atau dimasukkan ke dalam
kelas detensi untuk menjalani hukuman yang ditetapkan oleh guru. Satu konsep
yang penting dalam teknik pengasingan ialah guru membiarkan tingkah laku murid
yang bermasalah negatif serta tidak memberi apa-apa perhatian kepadanya. Teknik
ini adalah sesuai apabila murid tidak menunjukkan tingkah laku yang positif
walaupun diingatkan oleh guru beberapa kali. Dalam teknik ini guru tidak akan
memberikan perhatian kepada tingkah laku bermasalah sehinggalah mereka berubah.
Jika masih tidak mengikut arahan, maka pengasingan ke dalam kelas detensi
disyorkan.
Isi yang terakhir ialah faktor yang menyebabkan berlakunya masalah disiplin. Ianya berpunca daripada rakan sebaya, keluarga, masyarakat, agama, teknologi dan perkauman. Faktor kekeluargaan dan rakan sebaya sememangnya mampu mengubah tingkah laku pelajar menjadi lebih agresif seperti bergaduh, merokok dan lain-lain. Di sekolah, rakan sebaya cenderung cuba untuk mempengaruhi pelajar lain untuk merokok menyebabkan perbuatan ini semakin menjadi ikutan.
Rumusan
Kesimpulannya, Tanggungjawab pengurusan tingkah laku dan disiplin
pelajar bukan hanya terletak pada bahu seorang pengetua atau guru sesebuah
sekolah semata-mata. Pengurusan tingkah laku juga harus dilaksanakan dengan
telus dan amanah oleh pihak sekolah sesuai dengan apa yang terkandung dalam
pekeliling ikthisas dan peraturan sekolah. Tingkah laku yang baik adalah bermula
daripada pengurusan tingkah laku yang teratur dan baik untuk mencapai matlamat
yang telah ditetapkan mengikut kaedah pengurusan yang telah dirancang.
Mind Map Tajuk 7 |
Rujukan
Mengurus Disiplin Pelajar. (2005).
https://books.google.com.my/books/about/Mengurus_Disiplin_Pelajar.html?id=uA69_8skr04C&redir_esc=y
9 pengurusan disiplin. (2018, December
18).
https://www.slideshare.net/Asyikin4996/9-pengurusan-disiplin
Comments
Post a Comment