TAJUK 4: PENGURUSAN BILIK DARJAH

 

TAJUK 4: PENGURUSAN BILIK DARJAH


Pendahuluan

    Pengurusan bilik darjah yang dinamik ke arah pembinaan modal insan yang menjurus kepada pembinaan jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) memerlukan pelbagai pengetahuan, kemahiran, prosedur, teknik dan strategi. Pengurusan bilik darjah yang berkesan dan berimpak akan membantu mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Bilik darjah sebagai tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran merupakan tempat yang terpenting yang perlu ada pada sekolah. Ia juga merupakan medan perjuangan utama kerjaya seseorang guru. Secara amnya, bilik darjah ialah bilik- bilik disekolah dimana sekumpulan murid atau pelajar mengikuti pelajaran atau belajar sesuatu mata pelajaran yang diajar oleh guru.

 

Isi penting

    Antara tiga isi penting yang saya pelajari dari topik ini, yang pertama ialah  guru perlu mengurus persekitaran pengajaran dan pembelajaran dengan menyediakan ruang aktiviti secara berkumpulan atau membuat simulasi disamping melaksanakan aktiviti pemebelajaran di luar kelas bagi menarik minat pelajar untuk belajar serta mengelak daripada pelajar dalam keadaan bosan semasa belajar. Guru perlu memastikan sudut & ruang itu dikelola dalam keadaan yang kemas, teratur, selamat, kondusif dan dilengkapkan dengan bahan-bahan yang sesuai dengan bahan alat bantu mengajar atau info-info yang bermanfaat seperti nasihat.

    Selain itu, strategi mengurus bilik darjah strategi melibatkan pelbagai prosedur, kaedah, teknik dan pendekatan yang digunakan oleh guru bagi meningkatkan kecekapan pengurusan bilik darjah. Strategi jangka pendek dan strategi jangka panjang yang dirangka mencorakkan perkembangan, perubahan dan kemajuan pelajar di bilik darjah. Stategi mengurus bilk darjah terbahagi kepada tiga iaitu:

 

1.       FIZIKAl: Penyusunan bilik darjah.

2.       INTERAKSI: Interaksi antara guru dengan murid dan murid dengan murid.

3.   IKLIM: Suasana dan keadaan pembelajaran yang menarik dan merangsangkan perkembangan   kognitif, afektif, sahsiah dan sosial murid.

 

    Akhir sekali, ilmu mengurus bilik darjah. Seseorang guru perlu memiliki dan menguasai ilmu mengurus bilik darjah. Pengurusan bilik darjah tidak semata-mata dinilai daripada aspek kemahiran dan teknik pengajaran dan pembelajaran semata-mata, malah kualiti peribadi dan sahsiah diri juga menjadi tarikan kepada murid-murid. Antara ilmu mengurus bilik darjah adalah dari segi pengurusan fizikal, sosial dan emosi.

 

FIZIKAL

•Memastikan keadaan bilik darjah sentiasa bersih dan kemas

• Suasana yang kondusif

 

SOSIAL

•Mempunyai kemahiran komunikasi

•Menggunakan Bahasa yang tepat, jelas dan ringkas

• Mewujudkan hubungan yang baik antara guru dan murid-murid

 

EMOSI

• Sentiasa bersikap professional

• Tidak mencampuradukkan urusan peribadi dan urusan sekolah

 

Rumusan

     Kesimpulannya, Pengurusan bilik darjah sangat penting bagi seorang yang bergelar guru kerana ilmu dan kemahiran mengurus bilik darjah adalah salah satu cara untuk meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran sehingga ke peringkat optimum. Disamping itu, pelbagai strategi pengurusan bilik darjah dirangka untuk memastikan objektif dan matlamat sekolah tercapai dan mengikut peredaran zaman dan dapat membina organisasi di dalam kelas dengan baik.


Mind Map Tajuk 4


Rujukan

     Ridzuan Kammis. 9 Jun 2017. Pengurusan Bilik Darjah.

https://www.pendidik.com.my/2017/06/09/pengurusan-bilik-darjah-yang-berkesan/.

     Peranan Guru Dalam Pengurusan Bilik Darjah. (2015). 

https://sites.google.com/site/jerlunab/peranan-guru-dalam-pengurusan-bilik-darjah.

Comments

Popular posts from this blog

TAJUK 7: PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN