TAJUK 12: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN
TAJUK 12: PENGURUSAN ALAM
PEMBELAJARAN
Pendahuluan
Pengurusan merupakan satu proses untuk mendapatkan penyertaan, kerjasama dari semua ahli dalam mencapai matlamat kumpulan manakala alam pembelajaran merupakan keadaan atau suasana belajar yang dapat meransang minat belajar kanak-kanak dalam mencapai matlamat perubahan tingkah laku ke arah positif dan daripada tidak tahu kepada tahu. Oleh itu, pengurusan alam pembelajaran merupakan suatu cara atau Langkah untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dimana pengurusan tersebut dapat memenuhi masa yang diperuntukkan untuk mengajar, memastikan objektif pembelajaran dan pengajaran tercapai serta tidak membosankan kerana dapat menarik perhatian pelajar terhadap pengajaran tersebut. Pengurusan alam pembelajaran juga melibatkan persediaan ke alam persekolahan dimana beberapa kemahiran asas perlu dikuasai oleh guru untuk mengurus bilik darjah.
Isi penting
Terdapat tiga isi penting yang saya
pelajari daripada topik ini, yang pertama cara seseorang guru itu membentuk
suasana yang kondusif dalam mengendalikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
ialah dengan menerapkan kemahiran komunikasi. Kemahiran komunikasi ini dapat
mewujudkan suasana pembelajaran oleh guru yang lebih dinamik, pembentukan
akhlak dan kemahiran-kemahiran tertentu dapat diterap dengan lebih mudah dan
berkesan kepada pelajar. Dengan komunikasi yang baik oleh guru dapat menghasilkan
satu motivasi yang berkesan. Justeru itu, murid mudah menerima motivasi yang
disampaikan secara berhemah dan berhikmah. Oleh sebab itu, guru memerlukan
teknik komunikasi yang baik supaya dapat membentuk suasana yang lebih kondusif
dan dapat menyampaikan sesuatu arahan atau ilmu denga lebih sempurna. Antara persediaan
sebelum mengajar. Antara perkara yang perlu dittikberatkan sebelum masuk ke
dalam kelas mestilah ilmu, peralatan, ruang dan persediaan untuk mengajar
didalam kelas. Sebelum guru masuk ke kelas mereka mestilah memastikan bahawa
mereka mempunyai persediaan untuk mengawal pelajar didalam kelas.
Isi penting yang seterusnya ialah buku
rekod mengajar. Sebelum aktiviti didalam kelas dijalankan guru mestilah merekod
didalam buku rekod. Setiap guru mestilah merekod dan menulis segala aktiviti
yang dijalankan didalam kelas. Setiap gugu haruslah membuat penilaian.
Keberkesanan pengajaran dinilai berdasarkan sejauh mana objektif pengajaran
dapat dicapai melalui proses pengajaran yang dilaksanakan. Oleh itu, proses
pengajaran hendaklah dirancang dengan sebaik mungkin dan seterusnya dapat
mencapai objektif yang telah ditetapkan.
Isi penting yang terakhir ialah perlaksanaan P& P didalam kelas mestilah mempunyai 3 perkara penting. Antaranya adalah set induksi, penyampaian isi dan penutup. Terdapat beberapa perkara yang penting dalam set induksi, antaranya adalah guru perlu merancang permulaan pengajaran yang baik yang dapat menarik perhatian dan minat murid. Guru juga mengaitkan pelajaran yang lepas atau dengan pengetahuan sedia ada murid. Selepas itu, penyampaian isi. Guru menyampaikan isi kandungan sebenar kepada murid. Guru perlu merancang beberapa langkah yang berurutan, disusun dengan baik dengan mencatat anggaran masa (tempoh) yang sesuai. Seterusnya adalah penutup. Penutup boleh dilakukan melalui suatu rumusan atau kesimpulan. Guru haruslah memberikan satu kesimpulan atau rumusan mengikut subjek yang diajar pada masa itu.
Rumusan
Kesimpulannya, pengurusan alam pembelajaran
ini perlu dititik beratkan oleh guru-guru supaya dapat menarik minat pelajar
dapat dipupuk dengan baik. Selain itu, guru memainkan peranan penting untuk
memastikan murid-murid meminati sesuatu mata pelajaran. Tindakan dan aktiviti
yang dilakukan oleh guru haruslah selari dengan arus pemodenan dan teknologi
agar sesi pembelajaran lebih efektif dan lebih berkesan. Guru-guru haruslah
menjalankan tanggungjawab dengan lebih teratur. Guru-guru juga harus merekodkan
sesi pembelajaran dan aktiviti yang dilakukan semasa di dalam kelas dan di
dalam buku rekod mengajar.
Mind Map Tajuk 12 |
Rujukan
Eng, J. A. J. (2014). Pengurusan
Bilik Darjah: Strategi-strategi mewujudkan komuniti pembelajaran berkesan. PTS
Publications & Distributors Sdn Bhd.
Remiefarizf, 29 Disember 2018, Bab
14: Pengurusan Alam Pembelajaran,
https://remiefarizf.wordpress.com/2018/12/29/bab-14-pengurusan-alam-pembelajaran
Comments
Post a Comment