TAJUK 8: PENGURUSAN PENASIHATAN MURID


TAJUK 8: PENGURUSAN PENASIHATAN MURID


Pendahuluan

Pengurusan Penasihatan Murid ini secara keseluruhanya memberi tumpuan kepada pengurusan penasihatan murid yang terdiri daripada 3 komponen utama iaitu bimbingan, penasihatan dan mentoring. Bimbingan merupakan sebahagian daripada program membantu individu untuk menyelesaikan masalah dan ini bermaksud memberi bimbingan, tunjuk ajar dan dan panduan untuk mengatasi masalah. Ini merupakan pendekatan yang menggunakan kaedah lisan dan atau fizikal untuk membantu seseorang menentukan matlamat merancang tindakan, dan memperbaiki sikap dan tingkah laku dalam aspek- aspek tertentu. Tujuan pengurusan penasihatan murid ini adalah untuk memberi bimbingan, nasihat dan mentoring kepada murid untuk membantu murid mengetahui cara-cara untuk mencapai kejayaan dalam pendidikan mereka.


Isi penting

    Isi penting yang telah saya pelajari dalam topik ini ialah terdapat beberapa proses bimbingan dan penasihatan. Fasa pertama, kesedaran guru sebagai pembimbing dan penasihat pelajar. Dalam fasa ini, pihak pengurusan sekolah terlebih dahulu perlu menerima konsep ini. Penekanan haruslah diberikan kepada guru yang mengajar pelajar kerana mereka lebih rapat dan arif mengenai pelajar-pelajar mereka berbanding guru yang tidak mengajar. Pada fasa kedua, menguasai kemahiran-kemahiran asas bimbingan dan penasihatan. Pada tahap ini, semua guru dibantu dan diterapkan dengan beberapa kemahiran asas bimbingan dan penasihatan melalui kursus, seminar dan bengkel khas. Proses bimbingan dan nasihat adalah proses untuk membantu murid-murid menghadapi masalah. Semasa proses bimbingan dan nasihat, guru-guru kaunseling haruslah memberi kesabaran kepada murid-murid agar mereka berasa selesa untuk memberitahu masalah yang dihadapi. Melalui proses bimbingan dan nasihat, guru kaunseling berperanan membantu pelajar-pelajar untuk mengetahui mengenai potensi-potensi dan kebolehannya.

    Isi penting yang kedua ialah konsep mentor. Mentoring didefinisikan sebagai proses yang menggunakan pelbagai aspek termasuk kemahiran oleh orang yang berpengalaman melalui bimbingan, didikan, dan latihan kepada remaja bagi tujuan pembelajaran. Di sekolah menengah juga menjalankan aktiviti bimbingan dan kaunseling seperti program mentor-mentee. Program mentor-mentee. Program mentor-mentee boleh dijalankan secara berkelompok atau individu. Terdapat beberapa corak untuk menjalankan program mentor-mentee seperti berbaris, bulatan, bentuk ladam, bulatan luar dan dalam, dan pasukan berbincangan. Program mentor-mentee juga boleh dijalankan secara bersantai agar murid-murid dapat melibatkan diri dalam program ini.

    Isi penting yang ketiga dalam topik ini ialah konsep penasihatan. Menurut Kamus Perdana edisi ketiga (2007), penasihat bermaksud penaung dan perunding. Guru-guru juga memainkan peranan sebagai penaung dan perunding kaunseling. Penasihatan yang bermaksud bermaksud mengkehendaki sesuatu kebaikan untuk orang lain secara ikhlas dalam bentuk lisan atau tindakan. Tugas menasihat pelajar bukan hanya terletak di atas bahu guru kaunseling sebaliknya semua guru turut mempunyai peranan untuk sama-sama memainkan peranan menasihat pelajar sama ada berkenaan masalah tingkah laku atau masalah  pembelajaran. Guru perlulah menggunakan ayat yang sesuai sewaktu menasihat pelajarnya agar tidak menyinggung dan menyentuh sensitiviti pelajar.


Kesimpulan

    Pengurusan penasihatan murid ini sangat penting untuk dilaksanakan agar masalah-masalah yang berlaku dapat diatasi. Namun begitu, pelbagai aspek haruslah ditekankan Ketika memberikan sesi kaunseling dan bimbingan iaitu dengan mematuhi kod etika bimbingan dan kaunseling serta tidak melakukan perkara yang bercanggah daripada aspek bimbingan dan kaunseling. Sebagai seorang guru, sikap profesional dalam menangani isu dan masalah pelajar sangat diperlukan agar pelajar dapat memberikan kerjasama dalam menyelesaikan masalahnya. Melalui fasa dalam proses bimbingan dan penasihatan guru dapat melihat keberkesanaan perhubungan bimbingan dan penasihatan itu sama ada berkesan atau tidak berkesan.


Mind Map Tajuk 8


Rujukan

      Pengurusan Bimbingan & Kaunseling. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 2002.

      Super User. (2018, November 18). Kaunseling.   https://www.mohr.gov.my/psikologi/index.php/about-us


Comments

Popular posts from this blog

TAJUK 7: PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN