TAJUK 6: STRATEGI MENGURUS BILIK PEMBELAJARAN
TAJUK 6: STRATEGI MENGURUS BILIK
PEMBELAJARAN
Pendahuluan
Strategi merupakan ilmu tentang cara-cara atau rancangan yang teratur
untuk mencapai matlamat. Ia terdiri dari dua atau tiga rancangan atau
pendekatan utama yang dilaksanakan sekali gus atau secara bersepadu. Pengurusan
bilik pembelajaran pula merujuk kepada proses perancangan, perorganisasian, dan
kawalan pelajar serta proses pembelajaran untuk memastikan pengajaran dan
pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan. Pengurusan bilik darjah ialah
suatu aspek yang penting dalam melaksanakan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas. pengurusan bilik darjah merupakan sesuatu konsep
yang komprehensif untuk pelbagai aktiviti yang telah dirancang oleh guru untuk
memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah yang
merangkumi tindakan disiplin, rutin harian, penyusunan susun atur meja dan
kerusi serta masa yang diperuntukan bagi satu subjek pembelajaran.
Isi penting
Tiga isi penting yang saya pelajari dalam topik ini, yang pertama ialah unsur
fizikal bilik darjah iaitu perancangan dan penyusunan suasana fizikal bilik
darjah melibatkan organisasi, merancang dan menggunakan perkara- perkara yang berkaitan
denagn tempat duduk murid, bahan bantu mengajar, papan pameran dan berbagai-
bagai perabot lain dengan sempurna. Bilik darjah harus sentiasa bersih dan
kerusi serta meja yang teratur. Sudut-sudut pembelajaran hendaklah diwujudkan
bagi merangsang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih dinamik. Penyusunan
tempat duduk murid juga penting dalam pengurusan fizikal. Susunan peralatan dan
kemudahan dalam bilik darjah membantu keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran. Suasana di bilik darjah yang dihiasi dan diatur kemas dengan
pelbagai carta, gambar dan alat bantu mengajar. Saiz bilik yang mencukupi
memberi keselesaan kepada murid-murid untuk menjalankan pelbagai aktiviti
kumpulan atau permainan. Tingkap dan pintu yang mencukupi untuk pencahayaan dan
pengedaran udara dengan baik.
Selain itu, strategi
pengurusan bilik pembelajaran yang berikutnya ialah mengurus iklim pembelajaran
positif. Iklim pembelajaran positif bermaksud suasana yang selesa dan sesuai
ketika sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik pembelajaran.Iklim
pembelajaran terbahagi kepada 3 iaitu suasana fizikal,sosial dan emosi. Suasana
fizikal melibatkan penyusunan bilik darjah dan keceriaan bilik darjah manakala
bagi suasana sosial pula melibatkan hubungan guru dengan pelajar dan hubungan
pelajar dengan pelajar dan juga interaksi 2 hala dan pelbagai hala
dilaksanakan.Seterusnya, suasana emosi pula melibatkan gabungan aspek suara
yang digunakan oleh guru untuk menarik minat pelajar, mewujudkan unsur humor ketika
di dalam kelas, penggunaan pujian kepada para pelajar untuk menghargai usaha
yang ditunjukkan oleh mereka dan juga guru perlu mempelbagaikan cara
penyampaian bagi mengelakkan pelajar berasa bosan.
Akhir sekali, suasana sosial iaitu guru harus mengkaji melalui
pemerhatian biasa dan teknik sosiometri. Teknik sosiometri merupakan teknik
untuk mencari dan menunjukkan perhubungan individu dangan pelajar selain
daripada melalui Ujian Sosiometri Moreno yang digunakan bagi menentukan
seseorang pelajar itu ahli sesuatu kumpulan atau penerimaan pada kumpulan lain.
Kelemahan teknik ini ialah perhubungan yang dinyatakan pelajar adalah hubungan
yang dianggap pelajar itu sendiri dan perhubungan yang sehala dan mungkin tidak
dibalas. Akhir sekali ialah suasana emosi bilik darjah merupakan suasana lebih
penting daripada fizikal dan sosial kerana terdapat gabungan daripada
berbagai-bagai perkara seperti suara, kelucuan, pengunaan pujian, sikap dan
ekspektasi bilik darjah, kemesraan, stail, kawalan dan kepimpinan dan kaedah
mengajar.
Rumusan
Kesimpulannya, strategi pengurusan bilik pembelajaran merupakan perkara
yang penting bagi memastikan matlamat bagi sesuatu mata pelajaran dapat
dicapai.Para pelajar dan guru juga perlu mempraktikkan strategi pengurusan
bilik pembelajaran dengan baik agar sesi pengajaran dan pembelajaran dapat
berjalan dengan lancar. Secara keseluruhannya, strategi mengurus bilik
pembelajaran adalah berkait rapat dengan tiga faktor iaitu unsur fizikal,
interaksi dan iklim bilik darjah. Oleh itu, guru memainkan penting untuk
memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan seiring dengan matlamat
dan objektif pembelajaran.
Mind Map Tajuk 6 |
Rujukan
Aniez. (2012, May 14). Mengurus Iklim
PembelajaranPositif. https://www.scribd.com/document/93545921/Mengurus-Iklim-Pembelajaran-Positif
Comments
Post a Comment