TAJUK 5: PENGURUSAN SUMBER
TAJUK 5: PENGURUSAN SUMBER
Pendahuluan
Pengurusan sumber ialah bagaimana manusia
mengorganisasikan sumber yang ada melalui proses merancang, memimpin dan
mengawal untuk mencapai sesuatu matlamat. Dari aspek pembelajaran berasaskan
sumber pula, kemahiran mengurus sumber adalah sangat penting bagi menjelaskan
fakta, membuktikan kesahihan sesuatu fakta dan menyatakan kebenaran agar tidak
tersasar dari maksud sebenar maklumat tersebut. Pengurusan sumber adalah ia boleh
dikatakan sebagai cara manusia mengumpul dan memproseskan sumber yang diperoleh
dalam proses merancang dan mengawal supaya mereka mampu mencapai matlamat yang
dikehendaki. Tempat mendapatkan sumber dalam pendidikan yang paling kerap
diguna oleh pelajar ialah pusat sumber. Setiap sekolah wajib mempunyai
sekurang-kurangnya satu pusat sumber atau perpustakaan. Ia sangat berfungsi
dalam membantu pembelajaran pelajar.
Isi penting
Tiga isi penting yang saya pelajari
dalam topik ini, yang pertama ialah konsep pembelajaran berasaskan sumber. Konsep
pembelajaran berasaskan sumber dapat didefinisikan sebagai segala usaha guru
bagi melengkapkan pendekatan dan strategi pengajaran dengan melibatkan pelajar
supaya belajar melalui penggunaan sumber-sumber pembelajaran. Dalam konsep
pembelajaran berasaskan sumber, manusia dapat belajar melalui tiga cara yang
berbeza, iaitu pendengaran, penglihatan dan perlakuan. Biasanya, pelajar selalu
ada satu konsep iaitu “Saya dengar dan saya tahu. Saya lihat dan saya faham.
Saya buat dan saya ingat.” Kaedah pembelajaran berasasakan pusat sumber ialah pusat
sumber sekolah merupakan satu pusat yang memuatkan koleksi maklumat dan sumber-sumber
ilmu dahulu dan kini untuk digunakan oleh pelajar. Pusat sumber juga merupakan
satu tempat untuk mengakses maklumat bersepadu yang mengandungi pelbagai sumber
pendidikan dalam bentuk bahan bercetak, bukan bercetak dan digital. Pusat
sumber perlu diurus secara sistematik agar dapat menarik minat pelajar dan
bertujuan untuk memupuk tabiat membaca dan pembelajaran sepanjang hayat selaras
dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Kedua, peranan dan fungsi sumber pembelajaran.
Pusat sumber berfungsi untuk mengenalpasti dan menyediakan koleksi bahan untuk
keperluan kurikulum dan ko-kurikulum serta berkhidmat sebagai pusat bahan dan
alatan yang boleh digunakan dalam proses pembelajaran. Selain itu, pusat sumber
berfungsi sebagai tempat pemilihan dan penilaian bahan sebelum digunakan serta
merupakan pintu masuk maklumat dari agensi luar. Pusat sumber juga berfungsi
untuk mendapatkan panduan mencari, mengguna, menghasil dan mempersembahankan
maklumat keperluan kurikulum sekaligus menggalakkan aktiviti membaca dan
kemahiran maklumat.
Ketiga, kemahiran akses sumber pembelajaran.
Sumber pembelajaran memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Dengan menggunakan strategi ini, guru menyampaikan pelajarannya
dengan lebih mudah, lebih menarik serta lebih berkesan, manakala murid-murid
pula boleh memahami pelajaran dengan lebih bermakna serta menjalankan aktiviti
pembelajaran dengan secara sendiri atau secara kumpulan tanpa kehadiran guru.
Di antara kaedah-kaedah yang berkaitan dengan strategi pemusatan sumber
pelajaran ialah kaedah audio-visual dengan penggunaan televisyen, perakam pita,
projektor dan video yang melibatkan penggunaan bahan-bahan bercetak. Menurut
kepada James Pellegrino, kemahiran akses sumber pembelajaran menjelaskan
pelajar akan dapat berubah daripada menjadi pengguna kepada penghasil ilmu
pengetahuan yang baru melalui penggunaan sumber pembelajaran yang terkini
seperti digital audio, video, persembahan multimedia atau dokumen laman
sesawang.
Kesimpulan
Pengurusan sumber penting bagi pelajar dan
guru dalam memperolehi ilmu pengetahuan. Pembelajaran sumber ini juga merupakan
antara cara lain dalam menyampaikan atau memperolehi ilmu yang baru melalui
pelbagai bentuk bahan rujukan. Pelajar perlu memiliki kemahiran akses sumber
pembelajaran untuk mendapatkan maklumat yang tepat. Kini pelbagai sumber
pembelajaran yang dapat diakses untuk mendapatkan maklumat dengan mudah, tepat dan
efesien. Oleh itu, pusat sumber sekolah perlulah menyediakan maklumat yang
mencukupi dan terkini, memudahkan maklumat tersebut dicapai dan dapat
menyediakan kemudahan kepada pengguna pusat sumber untuk mendapatkan maklumat
dari sumber yang lain.
Mind Map Tajuk 5 |
Rujukan
Doc Slide. (2016, Feb 02). Konsep
Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Sumber. https://dokumen.tips/documents/1-konsep-pengajaran-dan-pembelajaran-berasaskan-sumber.htm
Hishamuddin Jabar. (2011). Konsep
pembelajaran berasaskan sumber. https://www.slideshare.net/HishamuddinJabar/konsep-pembelajaran-berasaskan-sumber,
Comments
Post a Comment