TAJUK 2: ORGANISASI DAN KEPIMPINAN
TAJUK 2: ORGANISASI DAN KEPIMPINAN
Pendahuluan
Kepimpinan dan organisasi perlu di dalam
sesebuah sekolah atau bilik darjah. Perkara ini penting untuk membangunkan
pentadbiran dan pengurusan sekolah dengan baik dan susun teratur mengikut
organisasi yang telah ditetapkan. Organisasi yang baik mempunyai orientasi visi
misi ke depan. Kejayaan organisasi bergantung pada kepimpinan yang berwibawa.
Kepimpinan adalah seni bagi mempengaruhi tingkah laku manusia, kemampuan bagi
membimbing orang, mempengaruhi dan membimbing seseorang untuk mencapai
tujuan-tujuan tertentu yang mempunyai cara dan seni sendiri. Konsep kepimpinan
sekolah mampu mempengaruhi, memotivasikan, mengubah sikap dan tingkah laku
subordinat atau orang bawahan seperti guru, staf dan pelajar agar bersetuju
melaksanakan programprogram dan melakukan perubahan untuk mencapai matlamat
sekolah.
Isi penting
Tiga isi penting yang saya pelajari dalam
topik ini ialah bidang tugas ahli jawatankuasa sekolah yang lain ialah guru
memainkan peranan mengajar dan mendidik. Namun terdapat tugas-tugas lain
seperti menjaga disiplini pelajar, membantu dalam mentadbir sekolah dan menjaga
pelajar. Guru panitia pula menentukan penggunaan DSKP pelajaran yang terkini
dan bertanggungjawab menyediakan rancangan pelajaran mingguan, bulanan dan
penggal. guru disiplin memastikan pelajar mematuhi dan mengamalkan peraturan
sekolah dan menyediakan rekod disiplin pelajar. Guru penyelaras pula mengurus
dan menyelenggara kemudahan ICT dan perisian aplikasi yang dibekalkan. Guru
SPBT menguruskan pengurusan am, pengurusan keperluan buku teks SPBT dan
penerimaan bukut teks SPBT. peranan guru penolong kanan tingkatan enam pula
ialah merancang dan mengurus pembukaan kelas tingkatan enam di sekolah. Guru
Penolong Kanan Tingkatan Enam juga menyelaras semua tugas guru tingkatan enam
seperti penyelidikan, gubal item, penilaian, konsultasi dan persediaan.
Isi penting seterusnya ialah dalam sesebuah
organisasi, kepimpinan yang wujud di sekolah adalah kepimpinan formal.
Kepimpinan formal merujuk kepada seseorang individu atau kumpulan dimana mereka
memainkan peranan kepimpinan ke atas pengikutnya mengikut autoriti formal
diperolehi lanjutan daripada jawatan dalam hierarki organisasi. Sifat
kepimpinan dalam diri disokong oleh teori kepimpinan iaitu teori sifat. Teori
sifat ada menekankan aspek keyakinan diri, bercita-cita tinggi dan kemahuan
untuk bermimpin hendaklah diberi penekanan untuk melayakkan diri untuk menjadi
pemimpin. Hubungan baik seluruh warga sekolah juga penting bagi meningkatkan
keberkesanan kepimpinan. pengetua amat memainkan peranan penting sebagai
pemimpin kepada orang di bawahnya di mana tingkah laku pemimpin amat
mempengaruhi dalam keberkesanan kepimpinan tersebut. Ini adalah kerana pemimpin
merupakan role model kepada orang disekelilingnya terutamanya di sekolah di
mana setiap tingkah laku yang ditunjukkan oleh pemimpin akan diperhatikan dan
menjadi ikutan kepada orang di bawahnya.
Gaya kepimpinan terbahagi kepada tujuh iaitu autokratik, demokratik, laissez-faire, kontigensi, asertif, responsif dan agresif. Gaya kepimpinan autokratik merujuk kepada hubungan sehala di antara pemimpin dengan yang dipimpin. Gaya kepimpinan demokratik lebih liberal di mana pengetua akan berbincang dan menerima pandangan oleh semua pihak. Gaya kepimpinan demokratik adalah gaya yang paling berkesan daripada gaya kepimpinan yang lain. Laissez-faire pula melibatkan pemimpin yang sedikit sekali menggunakan kuasanya dan memberi orang bawahannya sepenuh kebebasan untuk mengendalikan kerja mereka. Di samping itu, kepimpinan kontigensi pula kepimpinan mengikut situasi di mana tiada cara khusus yang sama dalam semua keadaan untuk memimpin dan mentadbir organisasi sekolah. Kaedah kepimpinan kontigensi memusatkan perhatiannya pada hukum situasi (Law of The Situation). Kepimpinan asertif adalah sikap di mana seseorang mampu bertindak sesuai dengan keinginannya, membela haknya dan tidak dimanfaatkan oleh orang lain. Terdapat tiga jenis tingkah laku yang digunakan oleh individu dalam berkomunikasi iaitu asertif (tegas diri), pasif dan dan agresif. Akhir sekali, gaya kepimpinan agresif adalah sifat yang self -centered iaitu hanya mengutamakan hak, kepentingan, pendapat, kehendak dan perasaan sendiri serta mengabaikan hak orang lain. Golongan jenis ini selalu berasa bahawa hanya dirinya yang paling benar sehingga membawa kepada kesombongan dan memandang rendah terhadap orang lain.
Rumusan
Kesimpulannya, terdapat beberapa gaya kepimpinan., pertama ialah, autokratik, demokratik dan laissez-faire. Setiap ciri kepimpinan mempunyai kelebihan dan kekurangannya yang tersendir. Prngaplikasian kepimpinan yang baik amatlah penting kerana hal in boleh menentukan situasi dan hubungan guru dan anak murid.
Mind Map Tajuk 2 |
Rujukan
Mohd Farid. 28 Julai 2012. Gaya
Kepimpinan.
https://mohd-farid.weebly.com/uploads/1/2/7/4/1274031/gaya_kepimpinan.pdf.
Muhammad Naim Azhar. 29 November
2018. Sekolah sebagai Satu Organisasi.
https://prezi.com/p/bglrq-kejwxe/sekolah-sebagai-satu-organisasi/.
Comments
Post a Comment