TAJUK 11: SEKOLAH DAN PERSEKITARAN

 

TAJUK 11: SEKOLAH DAN PERSEKITARAN


Pendahuluan

    Tajuk ini membincangkan tentang bagaimana hubungan sekolah dengan seluruh masyarakat. Sekolah merupakan sebuah bangunan atau tempat yang berfungsi untuk memberikan pendidikan kepada pelajar. Biasanya seorang itu akan melalui beberapa jenis sekolah dan institusi pendidikan bermula dari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah dan akhirnya ke universiti. Persekitaran pula merupakan kawasan di sekeliling sesuatu tempat. Sekolah dan persekitaran saling berhubungkait dimana perkembangan pelajar dipengaruhi oleh persekitaran sesebuah sekolah. Contohnya, apabila sekolah ingin mencapai sesuatu objektif maka ibu bapa dan masyarakat harus berganding bahu merealisasikan objekif tersebut. Dalam konteks ini, mereka akan bekerjasama untuk mencapai matlamat atau objektif yang sama dengan hubungan yang mantap dan akrab.

 

Isi penting

    Terdapat tiga penting yang dapat saya pelajari dari topik ini ialah hubungan sekolah dengan ibu bapa (PIBG), Ibu bapa hendaklah menjadi role model  kepada anak. Salah satu peranan yang boleh dimainkan oleh PIBG adalah sebagai orang tengah antara guru dan ibu bapa. Di samping itu,peranan PIBG juga membuat tindakan dengan membela nasib guru, kesannya guru lebih bersemangat dan selesa ketika bertugas di sekolah. Hubungan yang mesra ini mampu melenyapkan prasangka antara ibu bapa dengan guru. Perbincangan boleh diadakan dari semasa ke semasa dengan pihak sekolah demi mengatasi sebarang kelemahan dan masalah yang dihadapi di sekolah ataupun di luar sekolah. Dengan perbincangan sebegini, guru dan ibu bapa dapat memastikan pelajar lebih teratur dari segi akedemik, disiplin dan akhlak. Peranan dan tanggungjawab PIBG di sesebuah sekolah memberi kesan yang besar kepada  kemajuan dan pencapaian sekolah. Oleh itu, pengurusan PIBG yang cemerlang dan cekap akan melahirkan sekolah yang terbilang. Sebarang perbezaan dari segi pandangan  dan pendapat dalam kalangan guru dan ibu bapa bukanlah satu penghalang. Namun begitu, hubungan dan kerjasama ini akan mewujudkan ikatan pemuafakatan.

    Seterusnya, hubungan sekolah dan masyarakat. Masyarakat dan sekolah adalah saling memerlukan kerana tanpa sekolah, masyarakat tidak boleh mengenal huruf dan tidak mungkin akan berjaya di masa hadapan. Seterusnya adalah sekolah juga adalah agen perubahan masyarakat. Ini kerana sekolah juga memainkan peranan dalam memberi ilmu kepada masyarakat. Masyarakat dan sekolah adalah saling memerlukan kerana tanpa sekolah, masyarakat tidak boleh mengenal huruf dan tidak mungkin akan berjaya di masa hadapan. Seterusnya adalah sekolah juga adalah agen perubahan masyarakat. Ini kerana sekolah juga memainkan peranan dalam memberi ilmu kepada masyarakat.

    Akhir sekali ialah matlamat perkongsian. Sekolah adalah sebuah insitusi sosial bukanlah sekolah sahaja yang perlu memainkan peranan dalam mendidik anak anak. Ibu bapa dan masyarakat juga perlu memainkan peranan dalam mendidik mereka. Selain itu, pihak ibu bapa dan masyarakat tidak perlu menyalahkan pihak sekolah 100% apabila berlakunya sesuatu perkara yang berkaitan dengan anak anak dan pihak sekolah. Pihak ibu bapa dan masyarakat mestilah memberi kepercayaan sepenuhnya kepada sekolah untuk mendidik anak mereka. Selain itu, pihak sekolah juga memerlukan masyarakat yang bermuafakat dan prihatin agar tidak berlakunya permasalahan dan masalah dapat diatasi dengan sewajarnya.

 

Rumusan

    Kesimpulannya, sekolah dan persekitaran saling berhubungkait dalam perkembangan pelajar dan ia juga dianggap sebagai agen perubahan sosialisasi dan budaya ilmu murid. Walaupun terdapat banyak isu dan cabaran pendidikan yang dihadapi dalam era globalisasi sekarang namun jika semua pihak bekerjasama pastinya isu dan cabaran dapat dihadapi dengan jayanya dan seterusnya melahirkan modal insan yang berguna pada masa akan datang. Sekolah dengan seluruh masyarakat ini perlu bekerjasama supaya pelbagai masalah yang dihadapi boleh ditangani dengancara yang pelbagai dan efektif.


Mind Map Tajuk 11



Rujukan

       Razak, A. Z. A. (2006). Ciri iklim sekolah berkesan: Implikasinya terhadap motivasi pembelajaran. Jurnal Pendidikan Malaysia (Malaysian Journal of Education)31







Comments

Popular posts from this blog

TAJUK 7: PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN