TAJUK 10: PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA
TAJUK 10: PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA
Pendahuluan
Tajuk ini membincangkan bagaimana pengurusan yang khusus kepada pelajar yang berkeperluan khas. Program-program pendidikan yang menggunakan kaedah-kaedah khusus dan sesuai untuk memenuhi keperluan-keperluan perkembangan fizikal, intelek, emosi dan sosial individu-individu yang berkeperluan khas. Pengurusan murid pelbagai upaya merupakan satu langkah yang diambil untuk membantu murid-murid yang mengalami masalah dalam pembelajaran. Secara amnya, pengurusan murid pelbagai upaya ini lebih terarah kepada program pendidikan khas yang dijalankan ke atas peajar-pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran sama ada secara fizikal atau mental. Pendidikan khas itu sendiri merujuk kepada program yang dibentuk untuk memenuhi keperluan pendidikan murid-murid yang berkeperluan khas. Pendidikan khas juga merujuk kepada satu pendekatan, rancangan pendidikan, strategi, kaedah dan teknik untuk mengajar murid-murid istimewa kerana mereka tidak berupaya untuk mencapai target yang sepatutnya daripada program sekolah aliran perdana.
Isi penting
Antara tiga isi penting yang terdapat di dalam topik ini ialah Guru juga
bertanggungjawab untuk menyimpan rekod perbadi pelajar mereka. Setiap rekod
pencapaian pelajar dapat di catat.
Bertujuan untuk menyediakan maklumat yang lengkap mengenai kemajuan
pelajar dalam segala aspek perkembangann potensi yang melibatkan intelek,
rohani, jasmani dan sosial. Menjadi satu
panduan kepada ibubapa dalam memahami kemajuan dan kebolehan anak mereka dan
pelajar itu sendiri. Setiap murid
pendidikan khas yang mengalami masalah lembam (slow learner), mereka akan
mengikuti pembelajaran seperti pelajar normal sekiranya pencapaian mereka dalam
pembelajaran memuaskan.
Isi penting yang seterusnya ialah Program Pemulihan merupakan
langkah-langkah khusus yang dijalankan bertujuan untuk membantu murid-murid
yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam kemahiran asas 3M iaitu
membaca, menulis dan mengira. Golongan pelbagai upaya ini perlu dipulihkan
sebaik sahaja masalah yang dihadapi itu dapat dikesan oleh guru mata pelajaran
atau guru bilik darjah dengan langkah-langkah yang sewajarnya. Menurut
Kementerian Pelajaran Malaysia pula, program pemulihan ini dispesifikasikn
kepada Program Pemulihan Khas yang dibina untuk membantu murid-murid yang
menghadapi masalah khusus dalam pembelajaran, iaitu untuk membantu mereka
meguasai kemahiran asas 3M. Program pemulihan tersebut dijalankan untuk
menggurangkan masalah yang dihadapi oleh murid pelbagai upaya.
Isi penting yang terakhir ialah penggayaan. Program pengayaan memberi
aktiviti tambahan kepada murid yang dapat menguasai satu-satu kemahiran dalam
jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal daripada itu. Murid-murid dapat
meluaskan pengetahuan berhubung dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan
unit pembelajaran secara mendatar. Konsep pengayaan melibatkan murid-murid yang
berpencapaian melebihi sederhana dalam penguasaan kemahiran asas. Dilaksanakan
melalui aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti-aktiviti asas di dalam atau
luar kelas. Bercorak belajar sendiri dan
bimbingan guru pada tahap minima. Objektif program pengayaan ialah membolehkan
murid menjalani aktiviti yang lebih mencabar kebolehan mereka disamping
menambahkan minat dan pengalaman yang dapat membantu mereka ke arah
perkembangan diri dan bakat mereka. Jenis pengayaan ialah pengayaan (mendatar)
adalah aktiviti yang berdasarkan kepada kebolehan murid dalam sesuatu kumpulan.
Selain itu, pengayaan (menegak) adalah aktiviti yang berdasarkan minat dan
bakat murid dalam kumpulan cerdas sahaja.
Rumusan
Kesimpulannya, para murid yang mempunyai pelbagai upaya dalam
pembelajaran mereka perlulah diajar pada kelajuan yang sesuai. Standard prestasi yang realistik dan memberi
peluang yang sesuai mengikut bakat mereka untuk mencapai potensi secara positif. Kepimpinan sekolah sepatutnya memainkan
peranan yang lebih penting daripada hanya menjalankan fungsi pentadbiran dan
penyelenggaraan untuk memastikan murid sederhana turut mencapai prestasi yang
baik dalam akademik dan kokurikulum.
Mind Map Tajuk 10 |
Rujukan
Yasmin Hussin. (2013). Terapi dalam Pendidikan Khas.
Ampang, Selangor: Pekan Ilmu Publications Sdn Bhd.
Fong, C. E. (2018). Dari Pendidikan Khas ke Pendidikan
Pemulihan: Dua Program Masalah Pembelajaaran.
Comments
Post a Comment