TAJUK 9: PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA
TAJUK 9: PENGURUSAN
PELBAGAI BUDAYA
Pendahuluan
Prinsip pendidikan pelbagai budaya ialah pelajar dan guru sentiasa ada
harga diri, integriti, jujur serta amanah dalam masyarakat yang demokrasi dan
adil. Bukan itu sahaja, konsep pendidikan pelbagai budaya juga guru seharusnya
memberi penekanan kepada kajian tentang etnik yang meliputi ciri kelompok
pelbagai budaya serta sumbangan mereka kepada masyarakat. Oleh itu, guru perlu
memainkan peranan yang penting dalam memastikan pengurusan pelbagai budaya ini
sentiasa mencapat matlamat yang diinginkan demi mengekalkan keharmonian dan
saling menghormati antara kaum. Perkataan kepelbagaian adalah istilah yang
membolehkan kita merujuk kepada perbezaan, pelbagai, perbezaan dan banyak
perkara yang berbeza dalam konteks tertentu. Dan budaya adalah istilah yang
membolehkan kita merujuk kepada segala sesuatu yang sesuai atau relatif
terhadap budaya. Ini memberikan pengetahuan yang memperkaya tentang tradisi
lain, dan membangun rasa saling menghormati.
Isi penting
Antara tiga
isi penting yang terdapat dalam topik ini, yang pertama ialah dapat mengetahui
kaedah yang digunakan oleh cikgu untuk mendidik pelajar yang mempunyai
penerimaan ilmu yang lemah. Kaedah adalah berbeza bagi setiap kelas. Sekiranya
pelajar adalah lemah, latihan yang diberikan adalah mudah. Antara kaedah yang digunakan adalah dengan
menggabungkan pelajar yang lemah dengan pelajar yang pandai. Melalui ini,
pelajar yang lebih pandai boleh membantu pelajar yang lemah. Cikgu juga perlu menghabiskan
pengajaran bagi setiap tajuk di dalam silibus, oleh it, cikgu perlu memberi
perhatian yang tinggi kepada pelajar yang lemah. Contohnya, dengan memberi
latihan yang berbeza daripada yang lain supaya pelajar ini tidak ketinggalan
dalam sesuatu tajuk itu. Kaedah lain adalah dengan mendudukkan pelajar yang
lemah di hadapan kelas.
Isi penting yang kedua topik ini ialah dapat mengeahui cabaran yang
dihadapi oleh guru dalam menguruskan kelas yang mempunyai pelajar yang berbeza
budaya atau kaum. Guru kena banyak main peranan. Pertama, guru kena tegas.
Contohnya, pelajar cenderung untuk duduk bersama dengan kaum mereka sendiri.
Cina dengan cina, india dengan india, dan melayu dengan melayu. Oleh itu, guru
berperanan untuk gabungkan mereka dalam kumpulan yang mempunyai pelbagai
budaya. Cikgu juga kena berkawan dengan mereka dan bukannya bercakap buruk
sekiranya mereka lemah atau kurang dalam sesuatu.
Akhir sekali, isi penting yang ketiga ialah Semua pelajar adalah berbeza
dari segi minat, gaya pembelajaran dan jangka masa yang diperlukan untuk
belajar. Selain itu, terdapat banyak perbezaan di kalangan pelajar. Contohnya,
Bangsa, agama, taraf keluarga, gender. Juga melibatkan golongan minoriti iaitu
orang kurang upaya, golongan dan minoriti (orang asli). Guru perlu menggunakan
kaedah dan teknik pengajaran yang berbeza dan pelajar memerlukan bimbingan
secara terus oleh guru. Perkara yang paling penting adalah guru tidak
seharusnya berat sebelah terhadap pelajar. Dalam cara pengurusan merentas
budaya dalam kalangan pelajar, semua sekolah perlu memikul tanggungjawab
memastikan sama ada struktur program mereka responsif terhadap kepelbagaian
pelajar. Contohnya, sekolah menggunakan cara pendidikan inklusif. Pendekatan
pendidikan inklusif adalah satu model untuk sekolah-sekolah menangani ciri
kepelbagaian di kelas biasa. Pendidikan Inklusif dalam konteks pendidikan khas
adalah pendidikan yang diberikan kepada murid-murid dengan keperluan pendidikan
khas yang belajar bersama-sama dengan murid-murid normal, di dalam kelas yang
sama dan diajar oleh guru biasa.
Rumusan
Pengurusan kepelbagaian budaya merupakan satu strategi dan perspektif baharu
untuk memahami variasi pelajar dari masyarakat yang berbilang kaum dan
berbilang budaya. Dengan itu hubungan yang lebih harmoni dapat diwujudkan
semasa berinteraksi. Strategi ini seharusnya dapat membantu para pelajar
memahami kepelbagaian budaya yang ada
di negara ini supaya
matlamat pendidikan untuk memberi
kesedaran kepada pelajar-pelajar
tentang wujudnya pelbagai
nilai, budaya, agama
dan bangsa dalam masyarakatnya serta
terdapat pula
persamaan-persamaan dalam budaya
berbagai dapat dicapai. Oleh itu, guru perlu mengambil kiraaspek
pengurusan merentas budaya sebagai satu impak yang sangat penting kepada murid
untuk mencapai kejayaan daripada hasil pembelajaran.
Mind Map Tajuk 9 |
Rujukan
Kamus Dewan.
(2005). Kepelbagaian budaya. Edisi keempat. Muka surat 102.
Comments
Post a Comment