TAJUK 3: PENGURUSAN MURID
TAJUK
3: PENGURUSAN MURID
Pendahuluan
Pengurusan murid
merupakan proses-proses yang berkaitan dengan perancangan kerja atau program
bagi murid, pengelolaan murid dan program secara berkesan, pengawalan dan
penilaian prestasi murid dan program serta pemilihan cara atau kaedah yang
berkesan dalam pengurusan organisasi. Pengurusan murid ini berkaitan dengan usaha
untuk melahirkan murid yang berkualiti dan mampu membawa perubahan terhadap
negara dalam pelbagai aspek pada suatu hari nanti. Selain itu, pengurusan murid
ini perlulah dilakukan dengan sistematik kerana ianya mampu mencapai matlamat
dan objektif yang ingin dilakukan.
Isi penting
Tiga isi penting yang telah saya pelajari
dari topik ini, yang pertama ialah pengrurusan rekod murid. Tujuan mengurus
rekod murid adalah untuk memantapkan sistem pengurusan murid di sekolah. Profil
murid juga dikemaskinikan agar sentiasa mengikuti perkembangan semasa kehidupan
murid tersebut, contohnya seorang murid yang bertukar rumah dan pihak sekolah
tidak mengetahuinya, ini akan menyulitkan pengurusan pihak sekolah jika ingin
menghantar surat atau mengunjungi ke rumah pelajar tersebut atas urusan
kebajikan. Rekod murid juga bertujuan untuk mengetahui perkembangan akademik,
emosi, sahsiah dan tingkah laku pelajar selain bagi menyediakan maklumat
lengkap mengenai kemajuan pelajar dalam segala aspek perkembangan potensi Jasmani,
Emosi, Rohani dan Intelek (JERI). Paling utama ialah rekod murid sebagai
panduan kepada ibu bapa dan pelajar itu sendiri, di mana ibu bapa dapat
mengetahui kemajuan dan kebolehan anak mereka manakala murid pula dapat
mengatahui potensi masing-masing. Antara jenis-jenis rekod murid ialah rekod
pendaftaran, rekod kutipan yuran, jadual kedatangan, rekod prestasi, rekod
profil, buku kemajuan murid.
Seterusnya, kesediaan Murid Belajar
merupakan keadaan dalam individu yang bersedia dan berupaya untuk mempelajari
sesuatu dengan tujuan memperolehi pengalaman pembelajaran yang baru. Jenis
kesediaan pelajar terbahagi kepada 3 iaitu afektif, kognitif dan psikomotor:
1. Kognitif -
merujuk kepada peringkat perkembangan mental untuk menerima rangsangan dan memahaminya,
menaakul dan berfikir serta dapat menghubungkaitkan pengalaman sedia ada
seseorang. Contohnya, ketika kita membaca bahan dalam bab ini dan cuba
memahaminya, kita sedang menekankan aspek kognitif.
2. Afektif -
merujuk kepada sikap, keinginan, minat dan ketekunan seseorang individu untuk
menerima pelajaran yang disampaikan oleh guru mereka. Apabila pelajar mempunyai
kesediaan afektif yang positif, secara tidak langsung mereka akan menjadi aktif
dan mudah untuk menerima pembelajaran.
3. Psikomotor -
merujuk kepada kesediaan fizikal pelajar untuk menjalani latihan yang
menggunakan fungsi tubuh badan sebagai penggerak utama. Sebagai contoh, sumber
pengajaran dan pembelajaran yang bergerak hendaklah mengandungi gambar yang
besar dan menarik serta huruf-huruf besar saiznya. Hal ini demikian kerana akan
memudahkan penglihatan murid.
Merujuk kepada
potensi atau kematangan fizikal dan kesediaan untuk melakukan proses
pembelajaran yang baru seperti kesediaan psikomotor, kesediaan afektif,
kesediaan kognitif dan jenis kesediaan belajar. Strategi kesediaan belajar
seperti gunakan set induksi yang menarik, rancang aktiviti pengajaran dan
pembelajaran berdasarkan kebolehan dan pengetahuan sedia ada, Peringkatkan isi
pelajaran mengikut tahap kesediaan belajar murid (mudah ke kompleks), gunakan
pelbagai stimulus dalam mengekalkan minat murid dan banyak lagi.
Akhir sekali, motivasi merupakan rangsangan
yang membangkitkan minat seseorang individu ke arah mencapai sesuatu matlamat
tertentu. Tingkah laku yang berpusatkan pada sesuatu perkara, dan mampu
menghasilkan kepuasan secara berulang-ulang. Naluri ingin tahu mencetuskan
tingkah laku seperti ingin mencuba, menjelajah, mencipta dan mereka bentuk.
Dari segi desakan melibatkan tindakan disebabkan oleh keperluan fisiologi,
keperluan melibatkan keinginan memenuhi kekurangan fisiologi dan psikologi. Sikap pula dibentuk daripada
kefahaman, perasaan dan tindakan, harapan iaitu ramalan subjektif selaras
dengan kognitif, aspirasi iaitu penilaian yang subjektif terhadap tugas yang
dilaksanakan. Para guru boleh meningkatkan motivasi kepada pelajar melalui
menyediakan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang mampu memberangsang
pelajar untuk menjadi lebih baik. Sebagai contoh persekitaran yang baik ialah
menyediakan suasana bilik darjah yang kondusif untuk pelajarnya, menentukan
sasaran dan taraf pencapaian akademik yang perlu dicapai dan memastikan
penglibatan pelajar dalam semua aktiviti pembelajaran di dalam atau di luar
kelas.
Rumusan
Kesimpulannya, pengetahuan dan kemahiran
mengurus murid merupakan satu keperluan profesionalisme yang perlu
dipertingkatkan dalam kalangan guru untuk kepentingan bukan sahaja kepada diri
juga kepada para murid. Kemahiran pengurusan murid perlu dikuasai oleh setiap
guru untuk mengenalpasti tahap dan masalah pembelajaran murid dan dengan adanya
tindakan susulan yang efektif, guru dapat membantu untuk meningkatkan potensi
diri seseorang murid. Dengan adanya pengurusan murid, guru mudah untuk
merancang, mengawal, menilai dan memilih kaedah yang sesuai untuk mengurus
murid.
Mind Map Tajuk 3 |
Comments
Post a Comment