TAJUK 1: MENGURUS PEMBELAJARAN
TAJUK 1: MENGURUS PEMBELAJARAN
Pendahuluan
Pengurusan Pembelajaran merupakan bidang
pengurusan yang paling utama dalam arena pendidikan. Bidang ini memberi impak
yang besar bagi sesebuah institusi pendidikan dalam melaksanakan tanggungjawab
organisasi sekolah untuk mencapai prestasi cemerlang dalam aspek akademik
pelajar. Pengurusan pembelajaran adalah proses merancang pengajaran dan
pembelajaran agar mencapai matlamat, menentukan atau memberi garis panduan
perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh guru, menentukan mata pelajaran yang
diajar guru mengikut kepakaran, memimpin dan memberi inspirasi kepada guru dan
mengawal aktiviti serta memantau pelaksanaan agar ianya berjalan sebagaimana
yang dirancang.
Isi penting
Terdapat beberapa isi penting yang saya
pelajari dalam topik ini antaranya ialah ciri pengurusan pembelajaran yang
berkesan. Antara ciri pengurusan pembelajaran yang berkesan bagi guru adalah
pertama guru perlu tahu kategori murid sama ada dalam aspek jantina dan umur
mereka. Seterusnya, semasa menguruskan pembelajaran, guru perlu mempunyai bahan
seperti modul dan latihan untuk menyokong proses pengajarannya. Kesemua bahan
kerja perlulah mengikut tahap kemampuan murid supaya murid mudah memahami topik
yang diajar. Berikutnya, ciri pengurusan pembelajaran yang berkesan adalah guru
perlu seragamkan pembelajaran iaitu diakhir pengajaran guru seharusnya membuat
pemulihan dan pengukuhan supaya golongan murid yang agak lambat tidak
ketinggalan di dalam kelas.
Seterusnya ialah, komunikasi dan interaksi
yang digunakan ketika pengajaran dan pembelajaran dilakukan. Komunikasi dan
interaksi antara guru dan pelajar sangat penting dalam memastikan proses
pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Komunikasi yang baik
daripada guru dapat memudahkan pelajar untuk memahami sujek yang diajar dengan
lebih mudah. Penyampaian yang mudah dari guru dapat memudahkan pelajar untuk
memahaminya dengan lebaik baik. Selain itu, guru juga haruslah memastikan
interaksi antara guru dan pelajar berada dalam keadaan yang baik. Tambah lagi,
juga haruslah mengetahui cara atau bentuk komunikasi yang berkesan dalam
penyampaian. Cara penyampaian guru haruslah megikut kemampuan murid. Sebagai
contoh, guru haruslah menggunakan kata-kata yang mudah difahami oleh murid
terutama murid yang sukar untuk faham. Interaksi yang baik adalah apabila
pelajar dapat memberikan respon yang baik dan faham apa yang disampaikan oleh
guru. Respon daripada pelajar merupakan antara yang penting kepada guru dalam memastikan
pelajarnya faham apa yang diajari.
Akhir sekali, isi penting dalam topik
mengurus pembelajaran ini ialah setiap guru perlu melahirkan lebih banyak idea
kreatif dan inovatif dalam pengajaran yang dilakukan kerana sikap penerimaan
pelajar terhadap aktiviti yang guru jalankan berubah-ubah. Idea-idea baru untuk
aktiviti pengajaran di dalam kelas perlu diaplikasikan dari semasa ke semasa.
Ini akan menarik minat pelajar untuk belajar dan dalam masa yang sama teknik
dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang kondusif harus sesuai dengan pdpc
pelajar di dalam kelas. Oleh itu, pengurusan pembelajaran sangat penting bagi
guru dalam melahirkan pelajar yang boleh menguasai semua bidang.
Rumusan
Kesimpulannya, mengurus pembelajaran
perlulah diberi perhatian oleh guru-guru kerana sekiranya pengurusan
pembelajaran tidak dilakukan dengan baik, objektif tidak akan tercapai.
Pengurusan pembelajaran juga perlulah mengikut apa yang telah ditetapkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu pembelajaran yang berpusatkan
pelajar dan guru hanyalah berperanan sebagai fasilitator atau pemerhati yang
bertanggungjawab untuk menggalakkan penglibatan pelajar secara menyeluruh
selari dengan Pembelajaran Abad ke-21. Selain itu, dengan adanya pengurusan
pembelajaran ini, guru dapat membuat perancangan sebelum memulakan
pengajarannya di dalam kelas. Guru juga dapat memikirkan kaedah yang sesuai
untuk digunakan di dalan kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung.
Mind Map Tajuk 1 |
Comments
Post a Comment